Saturday, 2 June 2018

Rindu

Rindu.... Apakah ada bicara yg dpt katakan kerinduan di hati.. Resah.. Apakah ada lukisan dpt memggambarkan rasa di hati.. Yg pasti Dia tahu.. Aku selalu rindu dan akan terus rindukan dia..

Wednesday, 19 September 2012

HAWA RESORT, JANDA BAIK, PAHANG

Cuti Hari Malaysia.... Berkesempatan membawa anak-anak membasahkan diri di janda baik
Mencari ketenangan, kedamaian dan jauh dari kesibukan kota...mmg seronok dan rasanya macam tak nak balik dah....apakan daya. Tuntutan tugas menghalang Terima kasih en hubby sudi drive kami ke sini..melayan kerenah anak dan ;isteri... Perjalanan yang dirancang agak lari dari jadual..sepatutnya kami sampai dalam pukul 3 ptg tetapi memandangkan aku hal kecemasan keluarga terpaksalah tangguh..... Kami bergerak dari puncak alam jam 6.30 ptg....tiba di hawa resort jam 8.30.. Kalau nak ikutkan tak sampai 2 jam....tp dgn keadaan yang gelap kenalah perlahankan kenderaan... Dah tu rupanya nk ke Hawa resort ni punyalah jauh ke dalam.....tp syukurlah akhirnya kami selamat tiba... Fuhhhh turun je dari kereta dah terasa kesejukannya....bunyi air sungai mengalir sangat mengiurkan...nasib baik malam, kalau tidak mahu anak2 terjun sungai gak malam tu...
sampai je kami terus pilih chalet...sebenarnya dah booking bilik so tinggal tidur je lah..rate dia semalam rm 150, utk bilik 2 single bed...ada bilik air cold and hot water sekali....berbaloi la tu...kami pun cuma 5 beranak....o elok...tp bagusnya dia bg extra tilam... Malam kami duduk kat wakaf sambil ber bbq...memang syok la....
Selepas makan malam..kami pun tidur dgn lenanya....tp mmg sejuk....tak on kipas pun....selimut pun berlapis lapis... Bangun pagi siapkan breakfast pun buat kat tepi sungai tu...mmg suasana tenang yg tak dapat digambarkan.... Anak2 bangun tidur je..tak sempat breakfast pun..terus je turn kat sungai...mmg seronok lah mereka tu:-) Nanti tgk gambar kat bawah ye...
Biarlah melalui gambar yang menceritakan segalanya...

Thursday, 17 May 2012

selamat hari guru...

16 mei. .....tarikh keramat bagi seseorang yg bergelar guru... Pada hari itu....penuhla meja ngan kad, penuh inbox dgn msg.. syukur masih ada yg sudi menghulurkan ucapan dan tanda ingatan.. rata2...guru2"akan tersenyum lebar.... CIK GURU.... besar pengorbananmu mendidikku sehingga aku berjaya kini aku fahami jiwa seorg guru kerna aku juga dipanggil cikgu
Kata org kerja guru itu mudah tetapi untuk membentuk mereka menjadi manusia itu amatlah sukar kami bukan shj mengajar di dlm kelas, kami juga menjadi nurse apabila pelajar sakit, kerani mengambil kehadiran murid, akauntan utk yuran murid tukang kebun semasa gotong royong, kaunselor ketika murid mengadu masalah sesungguhnya tugas kami amatla luas.. pernah kami diherdik dan dipanggil dgn pelbagai gelaran oleh murid hanya kerna ingin membetulkan sahsiah mereka tapi kami tabah dan teruskan usaha memanusiakan mereka Apabila kami diberi penghargaan seperti bonus ramai yg mengata...guru ini manja..minta itu minta ini yg kami dapat bukanla byk mana kami pun ada anak utk diberi makan kami bersyukur ada rezki utk keluarga... semoga aku dapat bekerja dgn ikhlas mencurah ilmu tidak harap di balas menjalankan tanggungjawab yg digalas demi sesuap nasi aku bekerja keras

BZ TIME

Terlampau byk kerja....tak de masa nak update blog...tp coolblog on.... bulan mac....menyibukkan diri mendaftar calon spm dan menyiapkan analisis spm 2011... tu yg tak menyempat... tp dlm itu ada dua tiga aktiviti baking yg sempat dibuat...saja penuhi permintaan anak2 dan juga rakan2.... nanti tgk gambar kat bawah ni ye...

Thursday, 26 January 2012

hindusan part 1...

TERE LIYE...dari filem VEER ZARA...lagu ini memang kegemaran mr hubby, tak kisah masa bila bila pun dia mmg suka nyanyi lagu ini.....terutama masa nak pujuk aku...bole tahan lah....tp aku selalu tanya dia tahu ke apa maksudnya mula lah dia mereka bermacam ayat...kadang kadang kelakar betul bunyi dia...itu yg membuat aku terfikir nak cari erti lirik lagu tu.....


adalah sikit yg aku paham....yang selebihnya aku touchup bg sedap sikit bunyi dia....


TERE LIYE ( UNTUK MU)

Untukmu aku telah hidup selama ini dengan bibir terkunci
Untukmu aku telah hidup selama ini dengan linangan airmata
Tetapi di dalam hati, jambangan cinta sentiasa membara
Untukmu dan hanya untukmu....

Kehidupan telah membawa ku ke masa silam
Ku dikelilingi dengan kenangan indah
Tanpa berbicara ku temui jawapan
Lihatlah apa yang ku dapat apa yang ku terima

Bagaimana dapat ku huraikan
Betapa kejamnya dunia ini
Ku diminta untuk hidup tetapi tanpa dirimu

Kejamnya mereka yang mengatakan
Dirimu tidak dapat dijejaki
Banyaknya musibah ku terima di dunia ini

TETAPI di dalam hati,
jambangan CINTA sentiasa membara
UNTUKMU dan hanya UNTUKMU.......


dunia si kecil



indahnya dunia si kecil ini
dia akan berseronok semahunya tanpa memikirkan masalah sekeliling

ada masanya aku ingin kembali ke saat ini
untuk melupakan segala resah dan gelisah di hati
bergembira tanpa henti
MUSTAHIL
hidup perlu diteruskan walau sejuta dugaan di hadapan

suatu ketika dulu

Membelek-belek karya ku suatu ketika dulu...
bila diingatkan terasa kelakar pun ada..
tak sangka aku berjiwa romantis..he he
tetapi kan akhir akhir ini hati aku sangat sensitif...


MEMORI LAMA
nukilan ku pada JAN 2, 2004....0330

MEKAR DALAM JAMBANGAN

Ku tanam kasih dalam junjungan
Ku semai rindu dalam renungan
Ku puja sayang dalam impian
Ku kubur rindu dalam ingatan


Ku selit harapan dalam doa
Moga sayang mekar dalam jambangan
Ku semai benih cinta di dalam jiwa
Agar kasihku mewangi berpanjangan


Ku patri janji di atas panji
Ku serah hati pada yang sudi
Moga kasih ini  cinta yang abadi
Akan ku curah sayang sampai mati

Kelopak cinta kian berkembang di taman
Akan ku jaga mekarnya kuntuman
Takkan layu di persimpangan
Ke akhir hayat cinta suci jadi pedoman.....


dearest....ABANG...cinta ini hanya untuk kamu..


with our daughter at Teluk Batik